Sunday, June 24, 2007

TAWARAN BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN - KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

TAWARAN BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN SESI 2007/2008

Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma/Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan di dalam bidang- bidang berikut :-

1. Sains Sukan
2. Pendidikan Jasmani
3. Kesihatan dan Kecergasan
4. Perubatan
5. Pengurusan Kesenggangan
6. Pergigian
7. Pengurusan Sukan & Rekreasi
8. Farmasi
9. Pengajian Sukan
10.Pemulihan Anggota
11.Fisioterapi
12.Lain-lain bidang berkaitan yang dipersetujui oleh Kementerian

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Warganegara Malaysia yang berumur tidak lebih 25 tahun dari tarikh tutup permohonan
Permohonan adalah dari golongan atlet yang masih bergiat di dalam bidang sukan (Pegawai dan jurulatih tidak dipertimbangkan)
Keutamaan akan diberikan kepada atlet-atlet dari sukan berikut :

1. Bola Sepak
2. Badminton
3. Tenpin Boling
4. Skuasy
5. Gimnastik
6. Hoki
7. Olahraga
8. Renang

Mencapai prestasi cemerlang dalam kegiatan sukan, sekurang-kurangnya pernah mewakili negeri di dalam pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik 1 tahun kebelangkang sahaja diambil kira.

Telah ditawarkan mengikuti program pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan di Universiti/IPT Tempatan.

Mestilah sihat dari segi mental dan fizikal

Pemohon yang berjaya menerima hadiah biasiswa hendaklah terus bergiat aktif di dalam latihan dan pertandingan sepanjang tempoh pengajian.

Pemohon juga dikehendaki mewakili negara atau negeri di dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sekiranya diperlukan

BORANG PERMOHONAN
Permohonan adalah dari golongan atlet yang masih bergiat di dalam bidang sukan (Pegawai dan jurulatih tidak dipertimbangkan)

Borang permohonan boleh didapati melalui cara berikut :

Muat turun dari laman web www.kbs.gov.my
Sila klik Muat Turun Borang Permohonan

atau

Mengambil sendiri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia seperti alamat dibawah :

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Aras 5, Menara KBS, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 PUTRAJAYA

Borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen akademik serta penglibatan sukan (pilih yang terkini dan terbaik sahaja) yang telah disahkan hendaklah sampai ke alamat di atas sebelum atau pada 16 Julai 2007.

No comments: