Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonaN
(iii) Baru tamat Tahun Pertama Ijazah Pertama di mana-mana Institusi
Pengajian Tinggi Tempatan.
(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM / STPM / Matrikulasi/ Asasi
(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM
(iii) Memperolehi PNGK / CGPA minimum 3.50 dalam peperiksaan Tahun
Satu(1),program Ijazah Sarjana Muda.
(iv) Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam
ko-kurikulum.
(c) Syarat Tambahan
(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat dalam negara
sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
KADAR BIASISWA
Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.
(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
(iii) Elaun Buku bernilai RM300 / semester.
(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas
projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
(v) Tambang penerbangan kelas ekonomi (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar
Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang
belajar di Semenanjung).
Untuk memohon, sila ke laman web http://www.yayasantar.org.my/biasiswa.html
Wednesday, October 17, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)